Pages

19 September 2013

MINGGU ICT KTT 2013


Unit ICT KTT akan menganjurkan minggu ICT bermula dari 30 September 2013 hingga 3 Oktober 2013. Minggu ICT ini akan melibatkan semua pelajar di KTT. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan ICT dalam era globalisasi kini. Perincian Minggu ICT adalah seperti berikut:

Tarikh                   : 30 September 2013 – 3 Oktober 2013-09-19
Tempat                 : Kolej Teknologi Timur
Masa                    : 4.00pm – 6.00pm (setiap hari)
Acara Kemuncak  : 3 Oktober 2013 (8.30 malam) di dewan Utama
Penglibatan           : Semua Pelajar KTT

Acara yang dipertandingkan:

Kuiz ICT

Satu kumpulan akan dibentuk yang terdiri daripada 3 orang yang mewakili setiap program. Soalan berbentuk kuiz akan diajukan kepada semua peserta. 3 kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memasuki pertandingan akhir pada acara kemuncak minggu ICT nanti. Soalan kuiz adalah mengenai pengetahuan am dunia ICT.

Memasang Komponen Komputer

Penyertaan terbuka kepada semua pelajar yang berminat daripada mana-mana program. Pemenang akan ditentukan melalui 3 masa terpantas memasang semua komponen komputer dengan lengkap.

Membuat Pengaturcaraan Komputer Ringkas

Satu kumpulan akan dibentuk yang terdiri daripada 3 orang yang mewakili setiap program. Pemenang akan ditentukan melalui 3 masa terpantas yang dapat menyiapkan tugasan pengaturcaraan yand diberikan.

Membina Video Korporat KTT

Ia akan melibatkan 5 ahli bagi setiap kumplan. Setiap kumpulan diberi tempoh dari 19 September 2013 hingga ke 30 September 2013 untuk membuat video tersebut. Terdapat 3 tempat pemenang disediakan untuk pertandingan ini. Video tersebut akan ditayangkan dan akan diumumkan pemenangnya pada acara kemuncak minggu ICT nanti.

Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa dengan pensyarah-pensyarah IT dibawah:
  •          Encik Redzuan (Admin Room)
  •          Encik Firdaus (Staffroom 2)
  •          Encik Ameen (Computer Lab)
  •          Encik Syahrul Affendi (Staffroom 2)
  •          Puan Syima (Staffroom 2)
  •          Puan Syazwani (Staffroom 2)
  •          Puan Azma Wati (Staffroom 2)